Monday, August 4, 2008

Petikan dari UTUSAN


Hanya Setitik, Wangi Sepanjang Hari

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI Gambar HARUN OSMAN
Arkib : 02/08/2008


Adalah menguntungkan hanya dengan membeli satu kotak pewangi boleh memiliki lapan jenis jenama pewangi terkenal.Siapa yang tidak mahu memiliki pewangi untuk wanita seperti Escape, Calvin Klein, Ralph Lauren, Estee Lauder, Yves Saint Lauren, Dior, Kenzo dan lain-lain manakala untuk lelaki pula terdiri daripada Versace, Bvlgari, Giorgio Amani, Chanel, J.P Gaultier dan lain-lain dalam satu kotak belian.Inilah yang istimewanya produk wangian One Drop Perfumes by Egyptian Potion, keluaran pengeluar dan pengimport pati minyak wangi, One Drop Sdn. Bhd. selain tidak mengandungi alkohol.

Baru-baru ini, sejajar dalam mengembangkan lagi perniagaan dan memberi lebih kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan dalam soal penggunaannya, pek baru Egyptian Potion ini telah dilancarkan.Pek terbaru yang lebih eksklusif serta botol wangiannya yang didatangkan dalam bentuk roll-on memudahkan para pengguna.Pek terbaru ini mempamerkan lapan jenis wangian yang diinspirasi dari jenama antarabangsa dalam setiap kotak.Terdapat empat kotak untuk wanita dan dua kotak untuk lelaki. Setiap botol mengandungi 2.75ml pati minyak wangi yang mampu menghasilkan wangian yang tahan sepanjang hari.

Pengarah Urusan One Drop Sdn. Bhd. Josafri Johari berkata, pembungkusan terbaru ini dilancarkan selaras untuk memenuhi permintaan pelanggan dan meluaskan lagi pasaran ke peringkat antarabangsa seperti Vietnam, Singapura, Belgium, Afrika Selatan, United Kingdom dan Australia dalam masa terdekat.“Oleh kerana ia merupakan pewangi tanpa alkohol, kami mahu memperluaskan lagi promosinya kepada masyarakat Islam di negara ini supaya mereka mengetahui terdapat pilihan dalam membeli pewangi tanpa alkohol di pasaran.
“Walaupun ia tidak dipasarkan di premis atau pusat membeli belah seperti mana pewangi yang terkenal, tetapi pengguna boleh mendapatkannya menerusi pengedar yang berada di seluruh negara.“Harganya juga tidak mahal dalam anggaran RM40 untuk satu kotak yang mengandungi lapan pewangi,’’ katanya.

0 Comments on "Petikan dari UTUSAN"

Blog Widget by LinkWithin
 

Orkid-Bee Shop Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez